Monday, May 28, 2007
ORIGAMI MOTORBOT
Gambar di sebelah ialah gambar origami motorbot. Comelkan? Anda boleh menggunakannya sebagai alat permainan di kolam. Sewaktu membuat origami ini, ada berlaku beberapa kesilapan sehingga menyebabkan ianya kelihatan tidak kemas dan lunyai. Saya rasa ini ialah origami yang paling popular sewaktu saya masih kecil. Hendak tahu cara membuatnya?
Thursday, May 24, 2007
ORIGAMI MEJA
Gambar di sebelah ialah gambar origami meja yang berwarna kuning. Menarik bukan? Adik-adik perempuan mesti mahu memiliki meja ini sebagai tambahan kepada perabot mainan mereka. Boleh juga buat sebagai meja restoran mini. Cara membuatnya agak rumit juga. Hendak tahu bagaimana cara membuatnya?
Wednesday, May 23, 2007
ORIGAMI BEKAS GULA-GULA
Ini ialah gambar origami bekas gula-gula. Menarik bukan? Selain gula-gula, ia boleh dijadikan sebagai bekas kuaci, kacang dan benda-benda kecil yang lain. Nampak susahkah hendak membuatnya? Oh tidak, senang sahaja. Ia menggunakan teknik pengulangan pada setiap sisi. Hendak tahu cara membuatnya?
Subscribe to:
Posts (Atom)