Monday, May 28, 2007


ORIGAMI SUPER FROG
Kenapa SUPER FROG ? Ini kerana origami katak ini mampu melompat tinggi dengan menekan pada bahagian tengahnya. Sekali pandang , origami katak ini seolah-olah melompat seperti katak sebenar. Namun ianya tidak mampu berbunyi untuk memanggil hujan. Hendak tahu cara membuatnya?


ORIGAMI KERUSI

Origami kerusi berwarna biru. Untuk hiasan dan alat permainan memang sesuai, tetapi untuk duduk, tidak boleh. Kelihatan origami tidak kemas, kerana berlaku kesilapan sewaktu menghaslkannya. Hendak tahu cara membuatnya?



ORIGAMI MOTORBOT

Gambar di sebelah ialah gambar origami motorbot. Comelkan? Anda boleh menggunakannya sebagai alat permainan di kolam. Sewaktu membuat origami ini, ada berlaku beberapa kesilapan sehingga menyebabkan ianya kelihatan tidak kemas dan lunyai. Saya rasa ini ialah origami yang paling popular sewaktu saya masih kecil. Hendak tahu cara membuatnya?